Followers

Monday, October 18, 2010

Asal Usul

Posted by Project Cenderahatigiftkawin.com at 8:21 PM
Perniagaan online ini pada mulanya hanya dijalankan sekadar mengisi masa lapang.Namun begitu selepas mendapati kesukaran untuk mendapatkan bekalan yang murah semasa mencari doorgift waktu perkahwinan dahulu,telah membuka mata saya untuk menjalankan perniagaan ini secara serius.

Ia nya tidaklah semudah yang dilihat.Banyak pahit manis sepanjang menjalankan perniagaan ini.Dari mengendalikan pelanggan yang amat cerewet sehinggalah kehilangan barang semasa kurier.Walau perit dimaki hamun pelanggan,namun tetap jua ku gagahi menjalankan perniagaan ini dengan penuh kesabaran.Kadangkala banyak perkara berlaku diluar bidang kuasa kita,namun,itulah hakikat perjalanan sebuah perniagaan.Pasti ada untung dan rugi.

Jika dilihat ,perniagaan cenderahati ini banyak dikuasai oleh bangsa asing diluar,namun tidak salah bangsa Melayu juga mencuba nasib.Tapi percayala,persaingan dengan bangsa lain lebih baik daripada bangsa sendiri.Kami lebih suka berurusan dengan supplier bangsa lain memandangkan kesukaran mendapatkan kerjasama sesama sendiri dan ada niat untuk menyakitkan hati antara satu sama lain.

Pelanggan kami juga rata-ratanya memiliki pelbagai karenah.Ada jua yang menipu,namun keseluruhannya amat baik sekali.Sekiranya kami ada membuat salah dan silap,terkasar bahasa,maafkan kami.Kami masih meniti pengalaman dalam perniagaan ini dan insyaAllah sedikit masa lagi perniagaan ini dapat berkembang dengan bantuan sokongan anda semua.

Salam Mesra dari kami.

0 comments:

Post a Comment

 

Cenderahatigiftkawin Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare