Salam ceria pembaca semua.
Foto: kredit to http://weddings-galore.fotopages.com/
Entry kali ini saya ingin menyentuh aspek-aspek pemilihan pelamin bagi bakal-bakal pengantin diluar sana.Seperti yang sedia maklum,dihari bersejarah kita,pasti anda ingin kelihatan anggun dan berseri-seri di mata para tetamu sambil duduk gah dihadapan hadirin..
a)Pelamin Dalam Dewan
-bagi mereka yang sudah menempah dewan sebagai lokasi utama majlis istimewa nanti,pasti inginkan suatu kelainan pada pelamin mereka.Jika diperhatikan dari segi budget,pelamin dalam dewan pasti mencecah ribuan memandangkan saiz pentas yang diguna pakai.Maka dengan itu,persiapan dari segi kewangan adalah amat penting.Terdapat juga pihak andaman yang menyediakan pakej bayaran ansuran sekiranya kos keseluruhan mencecah 20k ke atas.
b)Pelamin Dalam rumah
-Bagi mereka yang memilih pelamin yang simple tapi elegan,pelamin jenis ini amat sesuai.Dengan berlatarkan warna putih,pengantin akan lebih menyerlah jika dipadankan dengan busana yang terang warnanya.
-Gabungan modern english semakin popular dikala ini.Hiasan bunga disisi pelamin amat menarik sekaligus memukau mata tetamu yang hadir.
c)Pelamin Luar Rumah
-Pelamin jenis ini biasanya diletakkan dalam kanopi diluar rumah.Pengantin akan bersanding dihadapan tetamu dan keseluruhan majlis berpusat didalam kanopi.Dengan cara ini,dapat juga menjimatkan kos berbanding menyewa dewan.
-