Followers

Monday, November 15, 2010

Tempahan Pertama tahun 2008

Posted by Project Cenderahatigiftkawin.com at 3:48 AM 0 comments
Mengimbau detik-detik pertama kami menerima tempahan doorgift adalah dari customer di Kelantan.Tempahan keychain sebanyak 100pcs.Sebenarnya susah juga sewaktu mula-mula menceburkan diri ke dalam bisnes online ni.Mula-mula reka blog,tiada siapa pn datang melawat blog ini.Kemudian baru saya tahu ,perlu ada promosi baru blog dikenali ramai.Hampir 3 bulan juga tiada sebarang tempahan diterima.

Asalnya mahu membeli doorgift untuk perkahwinan sendiri,akhirnya menjadi bisnes sendiri.Walaupun tanpa sebarang pengalaman,akhirnya kini bisnes ini menjangkau usia 3 tahun.Masih menyimpan angan-angan untuk menjadikan bisnes ini sepenuh masa,namun modal masih tidak mencukupi.










Disini ada saya selitkan gambar tempahan-tempahan terdahulu..

Tuesday, October 19, 2010

Pelamin

Posted by Project Cenderahatigiftkawin.com at 12:57 AM 0 comments
Salam ceria pembaca semua.
Foto: kredit to http://weddings-galore.fotopages.com/

Entry kali ini saya ingin menyentuh aspek-aspek pemilihan pelamin bagi bakal-bakal pengantin diluar sana.Seperti yang sedia maklum,dihari bersejarah kita,pasti anda ingin kelihatan anggun dan berseri-seri di mata para tetamu sambil duduk gah dihadapan hadirin..

a)Pelamin Dalam Dewan
-bagi mereka yang sudah menempah dewan sebagai lokasi utama majlis istimewa nanti,pasti inginkan suatu kelainan pada pelamin mereka.Jika diperhatikan dari segi budget,pelamin dalam dewan pasti mencecah ribuan memandangkan saiz pentas yang diguna pakai.Maka dengan itu,persiapan dari segi kewangan adalah amat penting.Terdapat juga pihak andaman yang menyediakan pakej bayaran ansuran sekiranya kos keseluruhan mencecah 20k ke atas.

b)Pelamin Dalam rumah
-Bagi mereka yang memilih pelamin yang simple tapi elegan,pelamin jenis ini amat sesuai.Dengan berlatarkan warna putih,pengantin akan lebih menyerlah jika dipadankan dengan busana yang terang warnanya.
-Gabungan modern english semakin popular dikala ini.Hiasan bunga disisi pelamin amat menarik sekaligus memukau mata tetamu yang hadir.

c)Pelamin Luar Rumah
-Pelamin jenis ini biasanya diletakkan dalam kanopi diluar rumah.Pengantin akan bersanding dihadapan tetamu dan keseluruhan majlis berpusat didalam kanopi.Dengan cara ini,dapat juga menjimatkan kos berbanding menyewa dewan.

Monday, October 18, 2010

Tempahan Istimewa

Posted by Project Cenderahatigiftkawin.com at 8:26 PM 0 comments

Asal Usul

Posted by Project Cenderahatigiftkawin.com at 8:21 PM 0 comments
Perniagaan online ini pada mulanya hanya dijalankan sekadar mengisi masa lapang.Namun begitu selepas mendapati kesukaran untuk mendapatkan bekalan yang murah semasa mencari doorgift waktu perkahwinan dahulu,telah membuka mata saya untuk menjalankan perniagaan ini secara serius.

Ia nya tidaklah semudah yang dilihat.Banyak pahit manis sepanjang menjalankan perniagaan ini.Dari mengendalikan pelanggan yang amat cerewet sehinggalah kehilangan barang semasa kurier.Walau perit dimaki hamun pelanggan,namun tetap jua ku gagahi menjalankan perniagaan ini dengan penuh kesabaran.Kadangkala banyak perkara berlaku diluar bidang kuasa kita,namun,itulah hakikat perjalanan sebuah perniagaan.Pasti ada untung dan rugi.

Jika dilihat ,perniagaan cenderahati ini banyak dikuasai oleh bangsa asing diluar,namun tidak salah bangsa Melayu juga mencuba nasib.Tapi percayala,persaingan dengan bangsa lain lebih baik daripada bangsa sendiri.Kami lebih suka berurusan dengan supplier bangsa lain memandangkan kesukaran mendapatkan kerjasama sesama sendiri dan ada niat untuk menyakitkan hati antara satu sama lain.

Pelanggan kami juga rata-ratanya memiliki pelbagai karenah.Ada jua yang menipu,namun keseluruhannya amat baik sekali.Sekiranya kami ada membuat salah dan silap,terkasar bahasa,maafkan kami.Kami masih meniti pengalaman dalam perniagaan ini dan insyaAllah sedikit masa lagi perniagaan ini dapat berkembang dengan bantuan sokongan anda semua.

Salam Mesra dari kami.
 

Cenderahatigiftkawin Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare